Harga telur, ayam capai paras tertinggi

Harga telur, ayam capai paras tertinggi

PUTRAJAYA: Harga runcit telur ayam bagi setiap gred, ayam proses super serta ayam tua di seluruh negara mencatatkan paras tertinggi pada bulan ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (PVS), harga ayam dan telur ayam akan dikemaskini pada tarikh 21 hari bulan setiap bulan dan sehingga Ogos, ia mencatatkan paras tertinggi berbanding bulan sebelumnya.

Menerusi data berkenaan harga bagi sebiji telur ayam gred A berharga 44 sen manakala Gred B adalah 41 sen serta Gred C ialah 39 sen.

Berbanding sebelum ini, harga runcit telur ayam pelbagai gred hanyalah sekitar 29 sen sehingga 40 sen untuk sebiji.

Harga paling rendah bagi telur ayam Gred A dilaporkan pada Mei lalu iaitu pada paras 36 sen sebiji, diikuti telur Gred B paras terendah ialah pada Mac hingga Mei lalu dengan harga 33 sen dan Gred C pada April lalu dengan harga 29 sen.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sementara itu bagi harga runcit ayam, harga tertinggi dilaporkan ialah pada penjualan ayam kampung, ayam proses standard, ayam proses super dan ayam tua.

Bagi ayam kampung harga yang ditetapkan pada bulan ini ialah RM14.90 bagi setiap kilogram iaitu peningkatan 90 sen berbanding bulan sebelumnya, manakala harga terendah bagi ayam kampung pula pada Jun hingga Februari lalu pada harga RM13.80 sen.

Ayam proses super turut meningkat iaitu RM9.60 sen sekilogram pada bulan ini iaitu pertambahan 15 sen berbanding bulan sebelumnya. Harga terendah yang pernah dilaporkan bagi ayam jenis ini ialah pada Mei lalu iaitu RM8.65 sen.

Harga ayam tua turut meningkat iaitu harga runcit bagi setiap kilogram ialah RM8.60 sen iaitu tambahan 20 sen berbanding bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, peningkatan ketara turut dilihat pada harga daging lembu jenis cincang RM24.10 sen bagi setiap kilogram berbanding RM21 pada bulan sebelumnya.

Namun, harga bagi daging lembu jenis pejal pula menunjukkan penurunan iaitu RM36.30 sekilogram pada bulan ini berbanding sebelumnya dijual pada harga RM37.45 sen. BH

Harga telur, ayam capai paras tertinggi

Mohd Alwi minta MP Umno usah ‘overdose’ kerumun PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker