4 calon bakal menentang BN di Pekan

KUANTAN: Kerusi Parlimen P.085 Pekan dijangka menyaksikan pertembungan lima penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Sumber Astro AWANI memberitahu, terdapat seorang lagi calon akan bertanding bagi merebut kerusi disandang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Sehingga kini, empat calon telah dinamakan untuk memasuki gelanggang pada 5 November ini.



Antaranya ialah Datuk Seri Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali daripada UMNO, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari Perikatan Nasional (PN), Mohd Naim Zainal Abidin mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Mohamad Radhi Abdul Razak mewakili Gerakan Tanah Air (GTA).

Bagi Sheikh Mohmed Puzi, meskipun terpaksa berdepan saingan sengit daripada pihak lawan, namun beliau sentiasa terbuka untuk bersaing secara sihat dalam sistem demokrasi.

“Saya difahamkan ada lima calon (termasuk Bebas), bagi saya tiada masalah dalam negara demokrasi apa parti nak bertanding.

“Tapi yang penting adalah trek rekod perjuangan saya pernah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya.



“Ia menentukan adakah saya calon bermusim nak dekat PRU baru nampak muka. Kita bercerita gegar perjuangan rakyat, tapi akhir kalam meninggalkan rakyat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.

Pada PRU14 yang lalu, Najib berjaya mempertahankan kerusi disandangnya dengan majoriti 24,859 undi menewaskan tiga pencabarnya dari Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker