“Tak Pilih Bulu, Siapa Perlu Pertolongan Masalah Covid-19 Atau Vaksin, Boleh DM Saya”-Fizz Fairuz

Sebaran :

“Tak Pilih Bulu, Siapa Perlu Pertolongan Masalah Covid-19 Atau Vaksin, Boleh DM Saya”-Fizz Fairuz

SIMPATI dengan nasib Sherie Merlis yang terperangkap dalam sebuah rumah bersama adiknya yang positif Covid-19, pelakon Datuk Fizz Fairuz segera mendapatkan bantuan daripada sebuah klinik swasta.

Cerita Fizz, dia tidak sanggup membiarkan Sherie terus dibelenggu masalah itu selepas diberitahu isterinya iaitu Datin Almy Nadia

Selepas berjaya menghubungi Sherie, pemilik nama Fairuz Zainal Abidin itu terus meminta pertolongan Megaklinik Zahran untuk menguruskan keluarga artis tersebut.



“Pagi semalam isteri saya beritahu Sherie perlukan pertolongan. Saya ini jenis tak boleh tengok orang susah. Tak kira artis atau sesiapa saja.

“Saya ada DM dan komen di IG Sherie tapi waktu itu tak ada respons. Jadi, saya hubungi rakan selebriti lain untuk dapatkan nombor dia.

“Dapat saja nombor, saya cuba hubungi Sherie sejak pagi… tengah hari baru dia jawab. Selesai bercakap dengan dia, saya hubungi pula Megaklinik Zahran.

“Rupa-rupanya pihak mereka pun cuba hubungi Sherie dan Alhamdulillah… semuanya dipermudahkan,” kata Fizz ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Terdahulu menerusi Instagram Live (IG Live) Sherie pada Isnin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Fizz yang membantunya dalam menyelesaikan masalah.

Menerusi laporan mStar, Sherie meluahkan rasa bimbang selepas adiknya yang positif virus itu diminta menjalani kuarantin di rumah yang didiami 11 orang termasuk dia sendiri.



Akhirnya rayuan dan luahan Sherie mendapat perhatian apabila adiknya yang disahkan positif Covid-19 ditawarkan untuk menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini memberitahu dia hanya membantu selagi yang mampu tidak tanpa mengira sesiapa.

“Saya tolong apa yang saya mampu… siapa saja, apa yang boleh saya tolong. Dalam keadaan sekarang ini, ramai struggle untuk hidup.

“Nak pergi perubatan swasta, kena berbayar. Tapi ada cara lain yang kita boleh bantu. Saya pun tak minta balasan apa-apa.

“Dah jadi tanggungjawab… Allah berikan kita peluang untuk tolong. Jadi, sesiapa yang memerlukan pertolongan melibatkan masalah Covid-19 atau vaksin, boleh DM saya,” ujarnya.-mSTAR

“Tak Pilih Bulu, Siapa Perlu Pertolongan Masalah Covid-19 Atau Vaksin, Boleh DM Saya”-Fizz Fairuz




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sherie Merlis Dah Dibantu, Adiknya Dan Suami Dibawa Ke Pusat Kuarantin Covid-19 [VIDEO]

Rumah sesak, Sherie Merlis mohon KKM kuarantinkan adiknya


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.