Pengadil Bola Sepak Keluarkan Pistol, Berang Dimaki Penyokong (Video)

Berang Dimaki Penyokong, Pengadil Bola Sepak Keluarkan Pistol

Seorang pengadil bola sepak di Honduras menakutkan penonton dengan mengeluarkan pistol setelah dimarah oleh penyokong lawan. Pengadil itu dikatakan mengeluarkan senjata api selepas perlawanan La Jigua berakhir dengan penalti.

Media tempatan melaporkan bahawa pengadil membawa senjata api untuk melindungi dirinya dari kemarahan peminat. Video yang tular menunjukkan para penonton mula bersurai selepas pengadil berjalan membawa pistol.

Peminat juga mendakwa bahawa pengadil tersebut melepaskan beberapa tembakan ke tanah bagi memberi amaran kepada penyokong yang tidak berpuas hati.

Dilaporkan oleh The Sun, difahamkan bahawa senjata tersebut adalah milik salah seorang ahli keluarga pengadil. Sebelum perlawanan, ahli keluarganya memberikan senjata tersebut kerana bimbang dia akan menjadi sasaran penyokong yang taasub.

Punca masalah sehingga terjadinya kejadian ini dikatakan bermula apabila penyokong pihak lawan mula marah dan memaki hamun pengadil tersebut yang tidak memberikan penalti.

Sehingga kini tidak pasti apakah dia akan dikenakan tindakan tatatertib, namun semua orang bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawa.

Untuk rekod, Honduras mempunyai sejarah keganasan yang panjang dalam arena bola sepak. Antara yang paling terkenal adalah peristiwa bersejarah yang disebut Football War. Vc

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Pengadil Bola Sepak Keluarkan Pistol, Berang Dimaki Penyokong (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker