Sultan Kedah dukacita tragedi kepala air

Sultan Kedah dukacita tragedi kepala air.  Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian aliran air deras akibat fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai di sini pada Rabu lalu.

Baginda menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dengan tragedi tersebut dan berharap agar mereka bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Paduka Bakar Din menerusi satu kenyataan di sini semalam memaklumkan, Sultan Sallehuddin turut berharap dan berdoa agar individu yang hilang dapat ditemukan dalam keadaan selamat.



“Baginda bertitah agar rakyat di kawasan terlibat hendaklah sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengelakkan penularan Covid-19.

“Baginda berharap fenomena itu dapat dijadikan iktibar kepada semua pihak agar menghargai khazanah alam semula jadi dan memelihara serta menjaga alam sekitar,” katanya.

Bakar berkata, baginda juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, agensi-agensi kerajaan, petugas keselamatan, syarikat swasta dan individu yang telah mengambil tindakan segera bagi membantu mangsa tragedi.

“Baginda juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada negeri-negeri lain yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada Kedah. Baginda berdoa semoga Allah SWT jualah yang dapat memberikan ganjaran buat mereka semua hendaknya,” katanya.



Kenyataan tersebut turut memaklumkan kejadian yang berlaku pada Rabu lalu melibatkan seramai 16 keluarga di daerah Kuala Muda dan 890 keluarga dari 24 buah kampung di daerah Yan.

“Berdasarkan kejadian yang berlaku di Daerah Yan, dilaporkan seramai empat mangsa telah meninggal dunia, seorang mangsa cedera ringan dan dua orang dilaporkan masih hilang,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli meninjau kawasan kejadian.

Dalam lawatan yang berlangsung kira-kira tiga jam itu, Raja Muda Kedah telah melawat tiga kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar pusat peranginan Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi dan jambatan di tepi Chalet Alang Kenari di sini.



Tengku Sarafudin turut berkenan menyampaikan bantuan Baitulmal kepada 30 buah keluarga yang terjejas teruk dalam bencana itu di Kampung Manggis di sini.

Sultan Kedah dukacita tragedi kepala air


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Ebit Lew Lawat Rumah Imam 90 tahun Dilanda Banjir Teruk di Yan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker