Caprice takut nak balik Malaysia

Caprice takut nak balik Malaysia

Penyanyi rap, Caprice mengakui pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuatkan dirinya berasa tidak selamat di Jordan dan takut untuk pulang ke tanah air.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli melalui sesi Live di Instagramnya tadi berkata, dia berasa kusut sebaik sahaja mendapati media di Malaysia melaporkan PDRM meminta bantuan Interpol untuk menghubunginya.

“Saya dah beli tiket nak balik Malaysia, tapi bila baca berita kata Polis minta tolong Interpol cari Caprice, Caprice terus koyak tiket.

“Bila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tak lah Caprice nak balik Malaysia,” katanya.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Caprice turut mengakui dia berasa takut dan berasa kusut apabila mengetahui dirinya sedang dicari oleh pihak polis susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik.

“Hidup saya kusut sedikit pagi tadi selepas media di Malaysia melaporkan PDRM hendak minta tolong Interpol cari saya di sini,” ujarnya.

Terdahulu, PDRM telah memohon bantuan Interpol bagi berhubung dengan aktivis kemanusiaan, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Sebelum ini, Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadap beliau menerusi laman sosial baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. K Online

Caprice takut nak balik Malaysia

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker