Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama

Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdepan tiga cabaran utama yang perlu diatasi terutama pandemik Covid-19 dan kestabilan politik.

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday berkata, cabaran pertama ialah membawa keluar kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) daripada konotasi ‘kerajaan gagal’.

Menurutnya, beliau perlu mengelak daripada menggunakan perkataan kerajaan PN, apatah lagi PN adalah parti gabungan yang membentuk kerajaan.



“Cabaran kedua bagaimana kerajaan akan menangani masalah wabak Covid-19 yang sedang mengganas dalam negara. Masalah rakyat bukan merasa takut kerana jumlah jangkitan harian yang tinggi pada paras 20,000 kes.

“Tetapi soal hilang pekerjaan serta pendapatan isi rumah untuk menyara keluarga dan membayar pelbagai hutang, di samping keciciran anak-anak dalam mengikuti pembelajaran dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sektor ekonomi perlu dibuka segera mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat supaya rakyat boleh kembali bekerja dan mencari pendapatan.

Katanya, begitu juga sektor pendidikan apabila lebih 50 peratus pelajar sedang tercicir daripada sistem pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) yang kini memasuki tahun kedua pelaksanaannya.



“Keadaan ini disebabkan ketiadaan capaian internet khususnya kawasan pedalaman dan ketiadaan alat peranti untuk keluarga B40 ke bawah,” katanya.

Md Jais berkata, cabaran ketiga adalah cara untuk mengekalkan kestabilan kerajaan gabungan itu dan Perdana Menteri tidak boleh mengulangi kesilapan pentadbiran terdahulu khususnya berkaitan sebarang pelantikan jawatan dan pembentukan dasar baharu.

Menurutnya, Perdana Menteri wajar membentuk suatu jawatankuasa khas yang dianggotai wakil BN, PN dan GPS untuk memandu perjalanan kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Kaedah itu juga akan mengembalikan integriti ahli-ahli Parlimen terhadap parti masing-masing bersesuaian dengan persetujuan parti yang bergabung untuk membentuk kerajaan,” katanya.



Md Jais berkata, Ismail Sabri adalah muka baharu yang tidak pernah ditonjolkan untuk menjadi Perdana Menteri sejak kejatuhan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dan sepanjang UMNO meneroka jalan untuk kembali menerajui politik tanah air.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana beliau telah mencipta sejarah sebagai orang pertama yang bukan presiden parti menjawat jawatan Perdana Menteri dan membuka lembaran baharu politik Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri Md Jais Sarday

Ismail Sabri berdepan tiga cabaran utama




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Anak penoreh getah jadi Perdana Menteri Malaysia

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker