Tiada kajian sahkan Ivermectin berkesan rawat Covid-19

Tiada kajian sahkan Ivermectin berkesan rawat Covid-19 . Pakar perubatan tidak menggalakkan pengambilan ubat Ivermectin kerana masih belum ada kajian yang mengesahkan keberkesanan dan keselamatannya ketika ini.

Ketua Perkhidmatan Klinikal Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Mahiran Mustafa berkata, walaupun ia bukan disifatkan sebagai racun, namun tiada data mencukupi untuk mengesyorkan ubat berkenaan boleh digunakan bagi merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, Ivermectin adalah ubat antiparasit yang kebanyakannya digunakan dalam perubatan haiwan khususnya bagi merawat masalah kecacingan.

“Buat masa sekarang kita masa belum boleh sahkan ia berkesan ataupun tidak kerana kita tidak ada kajian yang cukup untuk menentukan keberkesanan dan keselamatannya.

“Kita tak kata ia racun tetapi kalau kita tengok kajian yang dilakukan di makmal, ia menggunakan dos yang sangat tinggi.

“Hampir 50 kali ganda dos yang digunakan untuk antiparasit. Jadi, kalau kita tengok dari sudut keselamatan ia amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada program Wacana Sinar Edisi ke-282 bertajuk ‘Ivermectin: Alternatif atau Racun!’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Dr Mahiran Mustafa (atas kanan) pada program Wacana Sinar Edisi ke-282 bertajuk ‘Ivermectin: Alternatif atau Racun!’ yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dikendalikan Edlynna Hanie Hamid itu turut menampilkan Ketua Unit Teknikal dan Kualiti, Bahagian Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Mohd Dziehan Mustapa dan Pakar Penyakit Berjangkit, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Dr Steven Lim Chee Loon sebagai panelis.

Mengulas mengenai penjualan Ivermectin secara berleluasa di pasaran, Dr Mahiran berkata, keadaan itu cukup membimbangkan kerana ia dijual secara haram tanpa mendapatkan pengesahan daripada pihak Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ada juga individu yang menjadi mangsa. Mereka bayar, kemudian dapat ubat palsu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan kerana terdapat pesakit yang dimasukkan ke hospital telah menerima ubat Ivermectin dan diberi sendiri oleh pengamal perubatan.

“Kalau kita tengok kes-kes dari luar negara, mereka membelinya dari kedai haiwan dan kita tidak tahu berapa dos dalam satu-satu tablet terbabit. Jika digunakan untuk manusia, ia akan memberikan kesan sampingan,” ujarnya.

Tiada kajian sahkan Ivermectin berkesan rawat Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker