Pembakar Mahaad Tahfiz kemukakan rayuan pembebasan di Mahkamah Persekutuan

gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 22 tahun memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, enam tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam Haijan Omar yang mewakili tertuduh mengesahkan pihaknya telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

“Rayuan telah difailkan pada Khamis (21 Sept),” katanya.

Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan balas untuk membatalkan keputusan membebaskan seorang lagi individu berumur 22 tahun – yang dibebaskan tanpa dipanggil membela diri- Haijan berkata setakat ini mereka hanya dimaklumkan oleh mahkamah berhubung rayuan pihak pembelaan.

Memandangkan perbicaraan telah diputuskan di Mahkamah Tinggi dan rayuan telahpun dibawa ke Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan kini merupakan jalan terakhir bagi pihak pembelaan dan pendakwaan.

Pada 11 Sept lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan tertuduh untuk membatalkan sabitan bersalah dan dia kekal di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Tertuduh berusia 16 tahun ketika kejadian dan tidak berdepan hukuman mati.

Pada tarikh yang sama, panel tiga hakim mahkamah rayuan juga tidak membenarkan rayuan balas pihak pendakwaan untuk membatalkan pembebasan rakan tertuduh.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker