Malaysia hormati komitmen untuk bekal air ke Singapura – Anwar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia perlu menghormati komitmennya untuk membekalkan air kepada Singapura.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Long di republik itu hari ini, Anwar berkata kedua-dua negara tidak seharusnya hanya fokus kepada mekanisme harga dalam perkara itu.

Sebaliknya dia berkata ada keperluan untuk Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk meningkatkan kapasiti Sungai Johor bagi memastikan ia dapat menampung keperluan Johor dan juga Singapura.



“Kita juga patut melihat kemungkinan Singapura menyertai satu usaha sama, dari segi kajian – yang dapat dibuat segera – dan pengurusan Sungai Johor, terutama dengan negeri Johor,” katanya.

Di bawah perjanjian air yang akan tamat pada 2061, Singapu menerima 250 juta gelen air mentah sehari pada harga tiga sen untuk setiap 1,000 gelen.

Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripadanya pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.

Pada 2018, perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad menyifatkan harga itu sebagai “tidak masuk akal” dan ia perlu dirunding semula.



Dalam perkembangan berbeza, Lee berkata Malaysia dan Singapura kini sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan berkenaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (SEZ).

Dia berkata ia bertujuan mengenal pasti perspektif kedua-dua negara berkenaan apa yang perlu ditumpukan projek itu serta berkenaan minat pelabur dan permintaan pasaran.

Katanya, kedua-dua negara kemudian akan memeterai memorandum persefahaman (MOU) berdasarkan hasil kajian yang diharapkan akan selesai awal tahun ini.

“Di peringkat awal, saya fikir ada tiga perkara yang anda ingin lakukan (di SEZ).



“Pertama, menambah baik aliran barangan antara dua pihak kerana SEZ mungkin bermakna aturan percukaian khas dan gudang terikat – dan maka aliran (rentas) sempadan yang lebih lancar.

“Kedua, aturan yang lebih baik dan mudah bagi aliran orang yang perlu bekerja di kedua-dua belah tambak. Mereka boleh keluar dan masuk, dan kemudian syarikat di SEZ boleh mendapat pekerja yang mereka perlukan – campuran yang baik antara profesional, pekerja mahir dan pekerja am lain.

“Dan ketiga, untuk SEZ meningkatkan ekonsistem Wilayah Pemabngunan Iskandar dan juga Singapura,” katanya.

Pada Julai lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia dan Singapura setuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas untuk mengkaji penubuhan SEZ.



Rafizi berkata pasukan itu akan membentangkan perkembangan kajian kepada pemimpin kedua-dua negara di Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10 yang bermula hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira



All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker