Ada perjanjian dibuat untuk Mat Sabu kekal presiden Amanah

Ada perjanjian dibuat untuk Mat Sabu kekal presiden Amanah

Dua perjanjian dibuat oleh Mohamad Sabu bagi membolehkan beliau terus kekal sebagai presiden Amanah untuk penggal ketiga dan terakhir dalam pemilihan parti itu pada minggu lalu, kata sumber.

Seorang pemimpin parti yang enggan dikenali berkata perjanjian pertama adalah untuk membenarkan Mujahid Yusof Rawa – yang dipilih sebagai timbalan presiden dan kemnya menguasai barisan kepimpinan – untuk melantik ketua negeri.



Perjanjian kedua adalah untuk Mujahid menggantikan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di mana penggal pemerintahan beliau berakhir pada 2026, katanya.

Sumber berkata, ini semua dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu susulan keputusan pemilihan parti yang menyaksikan 18 daripada 27 jawatan barisan kepimpinan kebangsaan yang dipilih, mempunyai kaitan dengan bekas menteri agama itu.

Antara pemimpin mempunyai kaitan dengan Mujahid adalah tiga pemimpin dari Perak iaitu bekas Adun Manjoi Asmuni Awi, Ahmad Termizi Ramli, dan Muhaimin Sulam.

Beberapa lagi yang dikaitkan dengan Mujahid termasuklah Exco Selangor Izham Hashim, bekas Ahli Parlimen Tampin Hasan Bahrom, Sabki Yusof, bekas Exco Selangor Dr Siti Mariah Mahmud, dan Lahirul Latigu.



“Perjanjian ini dibuat untuk mengelak perbalahan antara kedua-dua kem,” kata sumber.

Komen sumber itu secara tak langsung menyentuh khabar angin bahawa Amanah berpecah kepada dua kem, yang menyokong Mohamad dan satu lagi menyokong Mujahid, walaupun mereka menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, pemimpin parti itu berkata tiada sebarang isu kem Mujahid menguasai barisan kepimpinan parti.

“Adalah penting untuk parti mempunyai seseorang yang berkemampuan seperti Mujahid untuk berdepan dengan PAS,” katanya.



Pada Ahad lalu, Mohamad dipilih oleh 27 pemimpin tertinggi parti untuk terus kekal sebagai presiden Amanah bagi sepenggal lagi selepas menduduki tempat kelapan dengan memperoleh 613 undi dalam pemilihan parti.

Mujahid pula dilantik sebagai timbalan presiden selepas mendapat tempat keempat dengan memperoleh 699 undi. FMT

Ada perjanjian dibuat untuk Mat Sabu kekal presiden Amanah

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker