Buat Penggemar Minuman Bertenaga Ketahuilah 5 Kesan Buruknya Untuk Kesihatan

Sebaran :

Buat Penggemar Minuman Bertenaga Ketahuilah 5 Kesan Buruknya Untuk Kesihatan

KEBIASAANNYA ketika melakukan aktiviti berat seperti bersenam atau pun sedang sakit, kita pasti akan mengambil minuman bertenaga untuk meningkatkan tenaga.

Kita sering menganggap bahawa ia mampu meningkatkan tenaga dan cecair daripada tubuh yang keluar akibat berpeluh selepas bersenam.

Minuman bertenaga mempunyai pelbagai jenis dan rasa namun sayangnya, disebalik kebaikan yang dicanang, terdapat pelbagai keburukan tentang minuman ini.

Terdapat pelbagai kesan yang boleh dialami seseorang yang terlalu kerap mengambil minuman jenis ini termasuklah;

Dehidrasi

1. Menyebabkan dehidrasi

Minuman bertenaga sebahagian besarnya mengandungi kafein yang menjadi sumber utama penambah tenaga. Minuman ini boleh menyebabkan kesan diereutik yang meningkatkan jumlah garam dan air yang dilepaskan oleh tubuh melalui air kencing.

Kesan daripada kafein yang ada pada minuman ini boleh menyebabkan dehidrasi.

Degupan Jantung

2. Meningkatkan degupan jantung

Selain memiliki kandungan dieuretik, kafein juga boleh meningkatkan degupan jantung. Sebuah kajian mendapati seseorang yang mengambil minuman bertenaga mengalami peningkatan aktiviti jantung dan tekanan darah yang lebih tinggi.

Terdapat juga kajian bahawa ia mampu meningkatkan ritma jantung pada golongan remaja terutamanya yang aktif bersenam.

Meerosakkan Gigi

3. Merosakkan gigi

Minuman bertenaga mengandungi asid sitrat yang bersifat menghakis pada gigi. Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan gigi terutamanya ketika mengambil minuman itu secara kerap.

Tidak hanya itu, gigi boleh menjadi sensitif dan menipis sehingga nampak kuning dan kotor.

meningkatkan-detak-jantung-rev1

4. Tidak memberi tenaga tambahan

Meskipun sering disebut sebagai minuman bertenaga, faktanya minuman ini tidak memberi sebarang tambahan tenaga.

Sebaliknya tambahan tenaga daripada minuman ini berasal daripada kadar gula yang boleh memberi kesan buruk seperti masalah diabetes.

Feeling awful headache. Frustrated mature man in shirt and tie touching his head with fingers and keeping eyes closed while standing against grey background

5. Penyebab sakit kepala dan perubahan mood

Kandungan guarana dalam minuman bertenaga boleh mengganggu sistem saraf dan ini menyebabkan kehadiran sakit kepala, insomnia, badan rasa tidak selesa dan perubahan mood.

Ketika ia diambil bersama ubat-ubatan tertentu, ia boleh memberi kesan lebih berbahaya kepada tubuh.

Buat Penggemar Minuman Bertenaga Ketahuilah 5 Kesan Buruknya Untuk Kesihatan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


[VIDEO] Ramai Amal Senaman Ekstrem Gantung Diri Popular Di China

Malas Bersenam? Cuba ‘Burnt Out’ Sepanjang ‘Lockdown’, Ini Langkah Tingkatkan Motivasi Diri


Sebaran :

Leave a Reply