Banyak Jerawat Kat Badan? Cuba Ambil Tahu Punca Dan Cara Mencegahnya

Sebaran :

Banyak Jerawat Kat Badan? Cuba Ambil Tahu Punca Dan Cara Mencegahnya

BAGI sesetengah individu, bukan sahaja wajah menjadi sasaran tumbuhnya jerawat tetapi juga di bahagian lain yang menyakitkan mata.

Kebiasaannya penyebab kepada masalah ini adalah serupa iaitu berkaitan hormon, inflamasi, sel kulit mati, atau peningkatan penghasilan minyak pada tubuh.

Tetapi seperti mana di wajah, jerawat yang tumbuh di bahagian badan juga boleh dirawat sekali gus mengembalikan tekstur kulit yang lembut dan licin.

Pertamanya, seseorang perlu mengetahui dan memahami bagaimana cara mengesan sama ada biji yang timbul itu benar-benar jerawat atau sebaliknya.

Dalam kebanyakan kes, jerawat yang tumbuh di bahagian bahu, belakang badan, pinggang serta punggung akan mengeluarkan nanah atau cecair putih ketika ditekan.

Menurut pakar dermatologi, Dr Rita Linkner, ia berlaku kerana kesemua bahagian yang disebut itu memiliki kelenjar minyak yang dipanggil sebaceous yang merupakan akar penyebab jerawat tumbuh.

Kebiasaannya, individu yang mengalami masalah jerawat pada wajah mempunyai risiko lebih tinggi untuk jerawat tumbuh pada bahagian badan mereka.

Jerawat Depan Badan

Jerawat di badan boleh dirawat dan dihilangkan.

Para atlet lebih rentan mengalami masalah ini disebabkan sering berada dalam keadaan berpeluh selain mengalami lebih banyak tekanan yang meningkatkan risiko jerawat pada badan.

Selain itu, perubahan hormon seperti ketika hamil, menopause, datang haid juga boleh menyebabkan masalah itu.

Bagi mencegahnya, seseorang perlu mandi lebih kerap apatah lagi selepas bersenam dan dalam keadaan berpeluh.

Selain itu, penggunaan sabun yang sesuai dan mengandungi bahan-bahan pembunuh bakteria digalakkan untuk merawat jerawat dan mengurangkan kemunculan bintik-bintik hitam.

Namun elakkan penggunaan sabun scrub kerana ia boleh membuatkan kulit bertambah rosak.

Banyak Jerawat Kat Badan? Cuba Ambil Tahu Punca Dan Cara Mencegahnya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

Agong mahu keabsahan PM baru diuji di parlimen


Sebaran :

Leave a Reply