Tak logik kuari punca banjir di kaki Gunung Jerai – Sanusi

Tak logik kuari punca banjir di kaki Gunung Jerai – Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kuari bijih besi di Tupah menjadi punca banjir melanda sekitar kaki Gunung Jerai, di Merbok, semalam.

Katanya, bencana itu sebaliknya disebabkan fenomena kepala air berpunca dari puncak gunung, manakala kedudukan kuari berkenaan terletak di kaki gunung.

“Sekiranya hendak dakwa kuari ini menyebabkan sumber air yang ‘redah’ rumah orang ramai, saya rasa tak masuk akal.

“Air itu bermula 200 meter di puncak gunung. Di atas gunung bukan ada apa, tapi ia memang dari sana, saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh kaitkan kawasan di kaki gunung mengakibatkan kepala air,” katanya di Yan, Kedah, memetik laporan Harian Metro.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dua kuari beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu di Merbok yang menjadi antara punca banjir, semalam.

Kuari bijih besi sekuas lebih 26 hektar berdekatan Pusat Rekreasi Tupah itu juga dikatakan punca Sungai Tupah cetek sehingga tidak mampu menampung aliran air dari puncak Gunung Jerai.

Terdahulu, Muhammad Sanusi ditemui menyerahkan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris mangsa bencana itu di Kampung Sedaka, Yan hari ini.

Sebelum ini, beliau turut menafikan berlaku kegiatan pembalakan di Gunung Jerai sebagai penyebab berlakunya kejadian kepala air, yang turut mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan berdekatan kaki Gunung Jerai. FMT

Tak logik kuari punca banjir di kaki Gunung Jerai – Sanusi

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker