Aktiviti dine-in, pasar malam dibenarkan

Sebaran :

Aktiviti dine-in, pasar malam dibenarkan di negeri-negeri Fasa 1 mulai hari ini.

Aktiviti dine-in kini dibenarkan di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mereka yang telah menerima suntikan dua dos vaksin Covid-19 mulai hari ini.

Kebenaran itu diputuskan sidang khas Majlis Keselamatan Negara mengambil kira perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di seluruh negara yang telah melebihi 50 peratus.

Pencapaian ini adalah lebih awal daripada yang disasarkan sebelum ini iaitu 31 Ogos 2021.

Perdana Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin justeru menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik.

Katanya, risiko penyebaran virus Covid-19 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.

Menurut beliau, pemilik premis kedai makan perlu memastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

“Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aktiviti lain yang dibenarkan adalah sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal engan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Turut diberi kelonggaran aktiviti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (perseorangan), badminton (perseorangan), golf, permotoran dan seumpamanya.

Sidng khas MKN juga membenarkan kegiatan perkelahan dan perkhemahan dengan penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah asalkan pematuhan SOP yang ketat dijaga.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Operasi pasar malam dan pasar minggu juga dibenarkan berkuatkuasa hari ini.

Muhyiddin mengingatka setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan.

Ia bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai tanggungjawab bersama dalam usaha mengatasi pandemik Covid-19 ini.

“Sememangnya, kemudahan ini juga meletakkan tanggungjawab ke atas rakyat yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk membuat penimbangan risiko kendiri yang rasional dan bijaksana dalam menghadapi ancaman virus Covid-19 yang kini sudah berleluasa di dalam komuniti kita,” katanya. MG

Aktiviti dine-in, pasar malam dibenarkan

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?


Sebaran :

Leave a Reply