Umno dah masuk PN, soal PKR

Sebaran :

Umno dah masuk PN, soal PKR

Sokongan Perikatan Nasional (PN) terhadap Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri menimbulkan persoalan membabitkan penubuhan “kerajaan PN baharu”, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada FMT, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyatakan Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Mac lalu, membuat keputusan ia tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, di mana parti berkenaan menerajui PN, pada pilihan raya umum akan datang. Umno juga membuat keputusan awal bulan ini menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

“Secara teknikalnya, Umno bukan sebahagian PN. Adakah kini Umno sudah bersetuju menyertai PN?” soalnya.

“Saya fikir orang terbaik bertanya dalam perkara ini adalah orang Umno sendiri”.

Perdana Menteri “Caretaker” Muhyiddin Yassin, berkata Bersatu dan rakan parti gabungan bersetuju menyokong Ismail sebagai calon perdana menteri dalam “kerajaan PN baharu”, dengan syarat individu yang berdepan perbicaraan mahkamah tidak dibawa ke dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno Khaled Nordin, tidak menjawab secara jelas selepas ditanya berkenaan kenyataan Muhyiddin berhubung Umno akan menyertai PN.

“Apa yang saya boleh katakan ‘terima kasih’ kerana PN menyokong DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri),” katanya ringkas kepada FMT menerusi WhatsApp.

Muhyiddin, yang meletak jawatan sebagai perdana menteri Isnin lalu, selepas hilang sokongan majoriti, berkata 50 Ahli Parlimen PN menyokong Ismail, membabitkan 31 daripada Bersatu, PAS (18), STAR (1), dengan empat Ahli Parlimen bebas yang menyokong PN, turut menyatakan sokongan.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera, dilantik sebagai timbalan perdana menteri bagi tempoh singkat dalam kerajaan PN, yang mana beliau dikritik sebahagian pihak sebagai lemah menguruskan wabak Covid-19 dan ekonomi.

Sementara itu, ditanya mengenai kecekapan “kerajaan baharu PN”, Fahmi berkata, pasti warganet akan mengutarakan kebimbangan mereka berhubung hal itu jika jelmaan kerajaan PN dibentuk semula.

“Jika itulah yang berlaku, kita sekali lagi akan berdepan kerajaan gagal. Jika inilah PN 2.0, justeru ia akan menjadi #KerajaanGagal 2.0,” katanya merujuk tanda pagar yang trending di media sosial.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Sebahagian sudah menyatakan pelantikan Ismail Sabri sebagai perdana menteri seperti ‘old wine in a new bottle’, namun kali ini, ‘bad wine in a different bottle’”.

Fahmi ketika mengulas lanjut berkata, “bagaimana semua itu memberi kebaikan kepada negara? Jujurnya saya tidak ada jawapan”.

Dalam pada itu, rakannya dalam Pakatan Harapan (PH), Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli, berpandangan bahawa “kerajaan baharu PN” tidak akan diterima baik rakyat.

Katanya, merujuk kepada pelbagai susun atur dijangka mengambil tempat dalam kalangan parti semata-mata bagi menjamin sokongan terhadap Ismail, dengan semua berlumba-lumba “meminta pembahagian kuasa”, Ahli Parlimen Lumut itu, menjelaskan penjenamaan semula kerajaan PN pasti membabitkan muka sama seperti kerajaan PN sebelum ini.

“Rakyat sangat bergembira apabila kerajaan (PN) tumbang beberapa hari lalu,” katanya kepada FMT.

“Dengan kemunculan semula, sambil menukar perdana menteri, saya tidak pasti. Mungkin kegembiraan adalah pramatang,” katanya. FMT

Umno dah masuk PN, soal PKR

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?


Sebaran :

Leave a Reply