Buka sektor sebab ekonomi bukan Covid-19 dah pulih

Buka sektor sebab ekonomi bukan Covid-19 dah pulih

Kebenaran untuk beberapa sektor dibuka bukan disebabkan keadaan sudah kembali selamat tetapi atas faktor ekonomi.

Menerusi ciapan di Twitter milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan kepada orang ramai bahawa banyak tempat dibenarkan untuk dibuka adalah disebabkan faktor ekonomi bukan kerana faktor keselamatan.

“Orang ramai diingatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka, dua lapis kalau boleh, jaga penjarakan fizikal dan sering mencuci tangan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Selain itu, elakkan berkumpul beramai-ramai, jaga diri dan segera dapatkan vaksinasi,” ciapnya di Twitter miliknya.

Sebelum itu, Noor Hisham menyatakan kes harian Covid-19 merekodkan angka tertinggi kes sebanyak 22,948 menjadikan jumlah kes positif berjumlah 1,489,460 kes dengan 178 kes kematian dilaporkan dan 35 daripadanya adalah Brought-In-Dead (BID).

Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan membenarkan individu yang lengkap menerima vaksin Covid-19 di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) menjalani aktiviti makan di restoran (dine-in) bermula esok.

Selain itu, beliau turut menyatakan kemudahan lain yang akan diberikan ialah aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) terpakai di dalam daerah sama sahaja. K Online

Buka sektor sebab ekonomi bukan Covid-19 dah pulih

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker