34 stesen RapidKL ditutup sementara esok

Sebaran :

34 stesen RapidKL ditutup sementara esok bagi ‘lindungi keselamatan awam’

RapidKL akan menutup sementara 34 stesen kereta api di Kuala Lumpur untuk “melindungi keselamatan awam”.

Stesen akan ditutup dari jam 9 pagi hingga 3 petang esok.

Sebelum ini, ada rancangan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) untuk mengadakan tunjuk perasaan terhadap perdana menteri sementara Muhyiddin Yassin.

Tunjuk perasaan itu dibatalkan malam tadi susulan keputusan Muhyiddin untuk mengundurkan diri pada 16 Ogos.

RapidKL kadang-kadang menutup stesen kereta api di pusat bandar kerana protes jalanan, seperti semasa demonstrasi Bersih November 2007.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Stesen yang terlibat dengan penutupan esok adalah seperti berikut:

Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling
Chan Sow Lin, Pudu, Hang Tuah, Masjid Jamek, Bandaraya, Sultan Ismail dan Cheras.

Laluan LRT Kelana Jaya
Kampung Baru, Dang Wangi, Masjid Jamek, Pasar Seni, KL Sentral, Bangsar dan Abdullah Hukum.

Laluan MRT Kajang
Taman Pertama, Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange, Bukit Bintang, Merdeka, Pasar Seni dan Muzium Negara

KL Monorail
Semua 11 stesen.

Tunjuk perasaan terakhir yang dianjurkan oleh SSR di Kuala Lumpur berlangsung pada 31 Julai, menarik sekitar 400 peserta, menurut anggaran polis.

Digelar protes #Lawan, para penunjuk perasaan telah menuduh kerajaan cuai dalam menguruskan respons terhadap Covid-19. Mk

34 stesen RapidKL ditutup sementara esok

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan


Sebaran :

Leave a Reply