Semoga papa terus kuat – Dafi Ismail

Semoga papa terus kuat jalankan tanggungjawab untuk negara – Dafi

Penyanyi dan pelakon Dafi melahirkan rasa syukur dan bangga dengan pelantikan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Pedana Menteri kesembilan hari ini.

Menurut Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail, 33, dia percaya bahawa bapanya mampu melunaskan tanggungjawab untuk tanah air tercinta yang telah diamanahkan.



“Sebagai anak, sudah pastinya saya tumpang gembira dengan pelantikan papa (panggilan untuk Ismail). Kami sekeluarga sangat bangga dengan pencapaiannya.

“Jawatan ini bileh dikirakan sebagai kemuncak kerjayanya. Perdana Menteri merupakan tanggungjawab yang besar dan saya percaya dia mampu melakukannya dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu juga berharap bapanya akan terus kuat dalam menghadapi segala onak duri yang bakal dilalui sepanjang bergelar Perdana Menteri.

“Saya doakan papa terus kuat. Kecaman mahupun kata-kata negatif merupakan asam garam kerjayanya terutama dalam bidang politik.

“Insya-Allah saya yakin dia akan lakukan terbaik untuk negara dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan,” ujarnya. – K! ONLINE

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri yang baharu.



Semalam nama Dafi mencatat sohot kini dalam Twitter apabila nama Ismail Sabrie disebut sebagai Perdana Menteri susukan mendapat undian majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Selain nama Dafi, gelaran ‘Bapak Dafi’ yang diberikan kepada Ismail juga antara perkataan yang banyak diciap oleh pengguna Twitter. K Online

Semoga papa terus kuat – Dafi Ismail

Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker