Fazura mohon maaf promosi tudung, guna muzik ‘curi’
Fazura mohon maaf promosi tudung, guna muzik ‘curi’. Gara-gara dikecam menggunakan karya dan hak cipta orang lain untuk promosi tudung keluarannya, pelakon dan penyanyi Nur Fazura tampil membuat permohonan maaf kepada sebuah kumpulan rock, Deepset.
Permohonan maaf secara terbuka itu dilakukan Fazura dan pasukannya selepas kumpulan tersebut memuat naik ciapan menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung tindakan Fazura.
“Saya dengan rendah hati meminta maaf kepada @deepsetan bagi pihak editor saya kerana menggunakan lagu anda tanpa kebenaran dalam video kempen terbaru kami untuk @tudungfazura.
“Kami menghargai anda menghubungi kami dan video telah dipadam dalam semua platform media sosial kami,” tulis Fazura membalas ciapan kumpulan tersebut.
Terdahulu, Deepset menerusi satu ciapan dalam Twitter miliknya menegur isteri kepada pelakon dan juga penyanyi Fattah Amin itu kerana menggunakan karya muzik mereka tanpa meminta sebarang kebenararan.
“Hai, untuk pengetahuan anda, muzik kami digunakan dalam iklan tanpa kebenaran. Kami ingin mendapatkan kerjasama anda untuk keluarkan lagu tersebut dari iklan itu segera,” ciap Deepset.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dilihat mengecam Fazura atas tindakan yang tidak sepatutunya berlaku selain menyifatkan dia sebagai pencuri karya dan hak cipta orang lain.
Beberapa minit selepas memuat naik permohoan maaf, Deepset turut memuat naik status mereka bagi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan usahawan itu
Fazura mohon maaf promosi tudung, guna muzik ‘curi’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Calon PM BN jangan kekalkan struktur kerajaan PN
- Apa tawaran kerajaan baharu jika PN kembali berkuasa
- “Mampukah PM9 Menyelesaikan Masalah Yang Di Tinggalkan Mahiaddin?
- Najib : Presiden Gerakan perlu faham isu sebelum jadi hero
- Ismail Sabri calon Perdana Menteri
- Che Ta Respon Saman RM5 Juta Azwan
- Dera, sepak kemaluan amah, wanita dipenjara
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.