Dilema Ismail Sabri: Stabilkan pentadbiran atau sangkal Kerajaan Gagal 2.0

Dilema Ismail Sabri: Stabilkan pentadbiran atau sangkal Kerajaan Gagal 2.0

Dengan kemungkinan Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri ke-9 semakin tinggi, seorang penganalisis berpandangan Naib Presiden Umno itu akan sukar memulihkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan sambil menstabilkan pentadbirannya.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura meramalkan Jemaah Menteri baharu akan dianggotai kebanyakannya individu sama daripada pentadbiran Muhyiddin Yassin, memandangkan wakil rakyat yang menyokongnya orang sama yang menyokong Presiden Bersatu itu.

Warganet, malah penyokong Umno sendiri, menyifatkan situasi itu seperti hanya menukar nakhoda dan mengkritik ia sebagai “Kerajaan Gagal 2.0”.

Oh merasakan pentadbiran Ismail akan sukar untuk menyangkal label “Kerajaan Gagal 2.0”, kecuali beliau mengecilkan Jemaah Menteri dan membuat perubahan radikal dengan menampilkan wajah-wajah baharu, walaupun bukan dalam kalangan Ahli Parlimen.

Namun, ini bermakna tidak banyak jawatan boleh diberikan kepada penyokongnya, terutama pemimpin kanan parti politik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Jemaah Menteri lebih kecil lebih bagus, kerana yang terdahulu dianggotai terlalu ramai menteri yang kita tak kenal dan tak tahu apa mereka lakukan.

“Tetapi, sudah tentu beliau tak akan cukup jawatan Jemaah Menteri untuk diagihkan, justeru kerajaannya akan tidak dapat stabil. Inilah dilema kerajaan baharu nanti,” kata Oh.

Hal yang sama juga bagi jawatan di syarikat berkaitan kerajaan, yang sebelum ini diberi Muhyiddin kepada penyokongnya.

“Jika tak agih (jawatan), Ahli Parlimen takkan sokong. Semudah itu,” katanya.

“Jika mahu kerajaan stabil, maka perlu agih jawatan. Namun dengan berbuat demikian, akan jadi seperti ‘Kerajaan Gagal’ lagi.”

Sementara itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata, Ismail harus bijak menilai sentimen masyarakat yang membawa kepada kejatuhan Muhyiddin, dan pendekatan yang berbeza perlu diambil jika beliau mahu mengambil alih jawatan itu.

“Beliau mesti menunjukkan kerajaannya berbeza daripada Perikatan Nasional (PN) terdahulu, di mana beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan sebelum itu, Menteri Kanan.

“Ini akan memerlukan Jemaah Menteri yang lebih kecil, pelantikan jawatan GLC berdasarkan kecekapan dan merit, dan pembentukan Jemaah Menteri yang terdiri daripada anggota daripada pelbagai kecenderungan politik,” katanya kepada FMT.

Katanya, merentasi politik dalam pelantikan kerajaan akan dapat mengurangkan “politicking” dan mengelak sebarang usul tidak percaya, yang akan mengalih perhatian daripada usaha menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

“Walaupun jadi PN 2.0, dasarnya perlu bersifat perdamaian, paling tidak sehingga PRU-15. Kerajaan baharu harus sedar sokongan politik di peringkat kebangsaan terbahagi hampir sama rata antara dua blok politik utama,” tambahnya. FMT

Dilema Ismail Sabri: Stabilkan pentadbiran atau sangkal Kerajaan Gagal 2.0

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker