Saya dipanggil polis kerana fitnah melampau – Ebit Lew

Saya dipanggil polis kerana fitnah melampau – Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mendakwa dipanggil ke Bukit Aman, untuk membantu kes siasatan berhubung fitnah yang sangat melampau terhadap dirinya.

Ebit Lew berkata, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini pagi tadi, adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.

“Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya kepada media sejurus keluar dari Bukit Aman, pada jam 2 petang tadi.

Ebit Liew mendakwa, kes berkenaan adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

“Pihak polis mengambil masa lebih satu jam untuk merakam kenyataan saya. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Sementara peguam Ebit Liew, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya. BH

Saya dipanggil polis kerana fitnah melampau – Ebit Lew

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker