Anak dinamakan Always Innovation

Anak dinamakan Always Innovation

JAKARTA – Seorang pengguna TikTok baru-baru ini menjadi tular di media sosial kerana mendedahkan dirinya memiliki nama yang begitu unik, lapor laman Suara.com.

Menurut pengguna dengan nama samaran @Superjoyul itu, dia memaklumkan bahawa nama sebenarnya adalah ‘Always’.



Namun, netizen yang membaca kenyataan tersebut tidak mempercayainya dan meminta dia menyertakan bukti yang berupa sijil kelahirannya.

Wanita itu kemudian memuat naik foto sijil kelahirannya yang memaparkan nama penuhnya adalah ‘Always Innovation’.

Netizen yang membaca hantaran tersebut kemudian meninggalkan pelbagai reaksi dan pendapat menerusi ruang komen.

“Mungkin kedua ibu dan bapanya pencinta bahasa Inggeris,” kata seorang netizen.



“Nama anda sangat unik,” kata seorang netizen lain.

Video tersebut telah ditonton lebih 1.2 juta kali dengan lebih 191,000 tanda suka. K Online

Anak dinamakan Always Innovation


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker