AZ, Pfizer kurang risiko kematian lebih 90%, Sinovac 84%

AZ, Pfizer kurang risiko kematian 90%, Sinovac 84%

Vaksin Sinovac mampu mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 sehingga 84%, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan merujuk dapatan daripada The Real World Evaluation of Covid-19 Vaccination Under PICK (RECoVaM), pihak kementerian berkata, suntikan Pfizer pula mempunyai kemampuan mengurangkan risiko kematian sehingga 93%.

Dalam ciapan Twitter, ia berkata, vaksin AstraZeneca menunjukkan keputusan lebih baik, merekodkan kadar rendah “kematian selepas lengkap divaksin”, dengan kajian mendapati suntikan vaksin berkenaan mengurangkan risiko kematian pesakit Covid-19 sehingga 96%.

Kajian itu berdasarkan kaji selidik dilaksanakan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan membabitkan 1,261,270 individu.

Semalam, Pengarah ICR Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, kematian dalam kalangan individu lengkap divaksin atau “kematian selepas lengkap divaksin” hanya mewakili kurang 0.01% daripada 14.5 juta individu yang lengkap divaksin.

Daripada keseluruhan 14,500,984 individu lengkap divaksin yang dikaji selidik, 1,445 maut akibat Covid-19.

Kalaiarasu berkata, angka kematian selepas lengkap divaksin membabitkan penerima Sinovac ialah pada kadar 0.015%, diikuti Pfizer, 0.005%; dan AstraZeneca, 0.002%.

Dalam kalangan 1,445 individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 walaupun sudah divaksin, 1,108 individu merupakan penerima Sinovac, 323 penerima Pfizer, manakala 14 lagi penerima vaksin AstraZeneca.

Dalam pada itu, daripada 14.5 juta individu lengkap divaksin, hanya 953 dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada itu, 799 sudah divaksin dengan Sinovac, 147 individu dengan Pfizer dan tujuh individu dengan AstraZeneca. FMT

AZ, Pfizer kurang risiko kematian 90%, Sinovac 84%


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker