640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?

Pengawal udara tidak mempercayai apa yang didengari olehnya apabila juruterbang pesawat jenis RCH871 memberitahu mereka berapa ramai rakyat Afghanistan berada dalam perut pesawat yang berlepas hari Ahad lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul menuju ke pangkalan udara Al Udeid di Qatar.

Untuk rekod, pesawat jenis ini sebenarnya mempunyai kemampuan maksimum membawa 171,000 paun. Tetapi dari segi ruang, ia hanya dibina untuk menempatkan 134 tentera dengan peralatan mereka. Namun semasa mendarat, kira-kira 640 orang rakyat Afghanistan dikira berada di dalam pesawat RCH871.



Kekalahan yang mengejutkan kerajaan Afghanistan ke atas Taliban serta larinya tentera Amerika Syarikat dari bumi Afghanistan setelah lebih dua dekad bertapak di sana telah memaksa beribu-ribu orang awam untuk keluar daripada negara asal mereka. Mereka difahamkan takut dengan kekejaman yang akan dilakukan oleh pihak Taliban yang kembali berkuasa setelah berjaya menguasai Kabul pada 15 Ogos 2021 yang lalu.

Sebahagian daripada mereka sudah mula melarikan diri ke negara jiran. Julai lalu, lebih 300 rakyat Afghanistan yang lari ke Tajikistan. Selain itu, mereka juga cuba memasuki Pakistan tetapi dihalang oleh pengawal sempadan negara tersebut. Manakala Kanada pula merancang untuk memberi perlindungan kepada 20,000 warga Afghanistan.

Kerajaan Amerika Syarikat pula merancang untuk menempatkan semula ribuan rakyat Afghanistan dengan kira-kira 88,000 orang kini sedang diproses untuk Visa Imigran Khas. Kebanyakan mereka yang mendapat visa ini dikatakan individu dan ahli keluarga yang telah membantu Amerika Syarikat semasa pendudukan mereka di sana.

Dalam satu temubual yang dikeluarkan oleh BBC, seorang doktor bernama Bidan Nooria Haya yang bekerja di hospital awam telah memberitahu media bahawa sebelum ini dia bergerak bebas untuk bekerja dan bertemu dengan doktor lelaki. Kumpulan doktor ini bertanggungjawab menjaga penduduk setempat di sekitar Ishkamish, sebuah daerah luar bandar dengan kemudahan yang terhad.



Bagaimanapun, setelah Taliban mula menguasai wilayahnya. Perintah pertama yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut adalah melarang perjumpaan di antara kakitangan lelaki dan wanita.

Kata Nooria lagi, hak sosial dan ekonomi yang dinikmati olehnya dalam dua dekat terakhir kini telah ditarik kembali. “Terdapat banyak sekatan sekarang. Ketika saya keluar, saya harus memakai burka seperti yang diperintahkan oleh Taliban, dan seorang lelaki harus menemani saya,” katanya sambil menambah kaum lelaki pula dilarang untuk mencukur janggut dan dilarang untuk mengenakan gaya rambut yang dikatakan barat. Vc

640 Orang, Satu Pesawat: Kenapa Rakyat Afghanistan Takut Bila Taliban Berkuasa?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker