Penyangak jutawan tumpas akhirnya

Sebaran :

Penyangak jutawan tumpas akhirnya

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai ‘Datuk Ken’ yang hidup mewah hasil aktiviti jenayah selama tujuh tahun sehingga memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit berjaya dibongkar pihak polis baru-baru ini.

Lelaki berusia 40 tahun itu yang merupakan ketua sindiket dipercayai menjalankan kegiatan perjudian online, perlombongan mata wang bitcoin dan syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau ceti haram secara berperingkat sejak 2014.

Hasil aktiviti haram tersebut, suspek berjaya memiliki 14 buah kenderaan mewah antaranya Lamborghini Huracan, BMW 8i, Nissan GTR dan Porsche Cayman.

Lelaki itu yang sudah berkahwin turut mempunyai 14 buah banglo yang setiap satunya dianggarkan bernilai RM800,000 yang dibeli di kawasan perumahan sama.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunadi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar selepas pihaknya menahan Datuk Ken dan isterinya yang berusia 41 tahun di Rawang menerusi operasi khas dinamakan Ops Datuk Ken pada 11 Ogos lalu.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Unit Siasatan Jenayah Pe­ngubahan Wang Haram Bukit Aman.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Siasatan mendapati ke­tua sindiket itu terlibat dalam akti­viti perjudian online, urus niagabitcoin dan ah long yang dilakukan secara berperingkat bermula 2014 hingga tahun lalu.

“Lelaki bergelar Datuk itu juga mempunyai kaitan dengan 24 buah syarikat dipercayai bagi mencuci wang haram yang dipe­rolehi hasil jenayah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Difahamkan, sindiket Datuk Ken mampu meraih RM52 juta hasil kerja jenayah sejak 2014.

Selain pasangan itu, polis menahan 13 ahli sindiket berusia 17 hingga 40 tahun di empat buah rumah di Country Homes, Ra­wang pada 6 Julai lalu.

“Siasatan mendapati setiap ahli sindiket dibayar gaji RM2,500 hingga RM8,000 mengikut pe­ranan masing-masing.

Kesemua 13 suspek itu telah didakwa di mahkamah pada 9 Julai lalu di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, kesemua kenderaan dan banglo itu diletakkan atas nama individu lain bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kita turut menyita tiga buah unit rumah kedai, wang tunai pelbagai mata wang asing dan membekukan 71 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM33 juta,” katanya.

Mengikut modus operandi, sindiket itu menawarkan pinjaman kepada kenalan rapat dan ahli perniagaan sejak 2014 de­ngan mengenakan faedah lapan hingga 10 peratus sebulan.

Semakan mendapati Datuk Ken tidak memiliki rekod jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee.

Pada April lalu, Polis Johor mendedahkan kegiatan Geng Nicky selepas menahan 42 individu dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.

Polis merampas wang, kende­raan mewah seperti Rolls Royce, Bently, BMW, Porsche dan Toyota Vellfire bernilai RM6.67 juta selain membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.05 juta. K Online

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply