Azlee lepas rindu, ziarah pusara Hamdan Senario

IPOH – Anggota Senario, Azlee Jaafar dapat mengubat rindunya apabila datang menziarahi pusara sahabat Senario, Hamdan Ramli dengan ditemani ahli keluarga Allahyarham.

Tujuan utama kehadiran mereka adalah bagi menguruskan pemasangan binaan kepuk pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini hari ini.

Azlee selaku wakil Senario yang hadir kelihatan sebak serta berlinang air mata, dan turut sama membersihkan kubur arwah bagi dilakukan pemasangan kepuk

Bercakap kepada pemberita, Azlee berkata, kesemua anggota Senario seperti adik-beradik dan mahu hubungan erat itu berkekalan termasuk dengan waris setiap ahli-ahli kumpulan pelawak tersebut.

Setelah 27 tahun bersama katanya, hubungan terjalin sangat erat dan sekiranya ahli keluarga Hamdan berdepan masalah setiap anggota Senario akan sedia cuba membantu.

Beliau berkata, semua ahli Senario masih terasa kehilangan rakan karib mereka itu yang menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu di Johor Bahru, setelah ditidurkan sejak 31 Disember sewaktu dirawat akibat komplikasi buah pinggang.

“Masa kami dapat tahu yang arwah sudah tiada, semua kami down (terkesan). Kami reda. Bila Allah ambil seseorang itu, Allah sayang makhluk ciptaan-Nya. Kena pula dia pergi pada hari Jumaat, penghulu segala hari.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker