MKT Umno, Ahli Parlimen BN mesyuarat tentukan calon PM

MKT Umno, Ahli Parlimen BN mesyuarat tentukan calon PM. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mengadakan mesyuarat malam ini bagi menentukan calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi itu bermula 8.30 malam tadi.

Antara ahli MKT yang dilihat berada di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) adalah Zahidi Zainul Abidin, Tajuddin Abdul Rahman, Ab Rauf Yusoh, Wan Rosdy Wan Ismail, Fathul Bari Mat Jahya, Ahmad Said, Khaidiriah Abu Zahar dan Bung Moktar Radin.

Difahamkan, selepas mesyuarat MKT, ia akan disusuli pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dipengerusikan Zahid.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen diberikan masa sehingga 4 petang esok untuk menyerahkan surat akuan itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kol (Bersara) Nazim Mohd Alim melalui faks, e-mel atau dalam bentuk PDF di WhatsApp.

Terdahulu, Sultan Abdullah petang tadi menemui semua ketua parti politik di Istana Negara selama dua jam.

Semalam, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya menyerahkan surat perletakan jawatan mereka kepada Agong kerana hilang sokongan majoriti selepas 15 Ahli Parlimen Umno dilaporkan menarik sokongan mereka kepada beliau dan kerajaan pimpinannya.

Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri “caretaker” sehingga penggantinya dilantik.

Kelihatan majoriti Ahli Parlimen BN sudah tiba di WTC, termasuk dari Umno, MCA, MIC dan PBRS.

 

MKT Umno, Ahli Parlimen BN mesyuarat tentukan calon PM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan di Perak dan Johor sah kekal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker