Calon PM baharu, BN ada cukup sokongan

Calon PM baharu, BN ada cukup sokongan. Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa mendakwa gabungan itu mempunyai sokongan cukup untuk membolehkan calon daripada BN dilantik sebagai Perdana Menteri baharu.

Annuar tidak menamakan calon itu tetapi dipercayai merujuk kepada Naib Presiden Umno, Ismail Sabri.

Beliau mendakwa selain 42 kerusi parlimen sedia ada, BN turut mendapat sokongan lebih 69 Ahli Parlimen lain untuk melepasi majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat.

“Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli-ahli parlimen dan wakil parti parti sahabat yang lain, untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” kata beliau.

“Kami MP BN, akan bertemu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) malam ini untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.

“Saya sendiri juga sudah menghubungi Presiden UMNO untuk satu panduan dan kata sepakat, mengambil kira perkembangan terkini, serta surat notis Speaker Dewan Rakyat hari ini,” kata beliau.

Calon PM baharu, BN ada cukup sokongan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kerajaan di Perak dan Johor sah kekal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker