Tiada calon muktamad dari MKT UMNO

Tiada calon muktamad dari MKT UMNO

MKT Umno beri mandat kepada 42 Ahli Parlimen BN pilih calon PM

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyerahkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan seorang calon dari parti itu bagi diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, perjumpaan bersama 42 Ahli Parlimen itu akan turut disertai Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak.

“Kita bersetuju serah kepada Ahli Parlimen BN untuk putuskan siapa calon Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di PWTC.

Antara Ahli Parlimen BN yang dilihat hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Khairy Jamaluddin (Rembau), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan M Saravanan (Tapah).

Selain itu, turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen diberikan masa sehingga 4 petang esok untuk menyerahkan surat akuan itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kol (Bersara) Nazim Mohd Alim melalui faks, e-mel atau dalam bentuk PDF di WhatsApp.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa turut mendakwa selain 42 kerusi Parlimen sedia ada, BN turut mendapat sokongan lebih 69 Ahli Parlimen lain dari parti rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini untuk melepasi majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat.

“Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen dan wakil parti sahabat yang lain, untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” kata Annuar. FMT

Tiada calon muktamad dari MKT UMNO


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker