Akuan Berkanun Ahli Parlimen PAS telah sedia untuk dipersembah kepada Tuanku

Akuan Sumpah Ahli Parlimen PAS telah sedia untuk dipersembah kepada Tuanku.

PAS sudah bersedia dengan akuan berkanun (SD) semua Ahli Parlimennya untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dalam pertemuan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan semua ketua parti politik hari ini, Agong menjelaskan proses pelantikan perdana menteri akan dilaksanakan menerusi SD setiap Ahli Parlimen.



“SD perlu diserahkan sebelum 4 petang esok. Pengesahan oleh setiap Ahli Parlimen akan diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyeru semua pihak kekal bertenang dan PAS yakin dengan kebijaksanaan Agong mampu mengakhiri kemelut politik ketika ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, PAS menyambut baik titah baginda agar keutamaan diberikan untuk kesejahteraan rakyat dan negara sehingga pilihan raya umum ke-15 boleh diadakan.

Tuanku menitahkan kerjasama semua pemimpin parti agar mewujudkan keharmonian, ketenteraman dan memfokuskan isu kesihatan, ancaman Covid-19, keadaan ekonomi rakyat serta negara.



Petang tadi, Tuan Ibrahim bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir menghadap Agong serta Sultan Nazrin Shah di Istana Negara selama dua jam.

Anwar dilaporkan berkata, isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan perdana menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

Katanya, semua ketua parti itu bersepakat menghentikan “politik lama” dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika menghadapi pandemik Covid-19.

Akuan Sumpah Ahli Parlimen PAS telah sedia untuk dipersembah kepada Tuanku




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker