Warga emas bertarung buaya selamatkan anak dari dibaham

Warga emas bertarung buaya selamatkan anak dari dibaham. Seorang warga emas menggunakan segala kudrat mencucuk mata buaya demi menyelamatkan anaknya yang disambar reptilia ganas itu, dalam kejadian di sungai Batang Samarahan, Kampung Sungai Mata, dekat Kota Samarahan, Sarawak, semalam.

Warga emas berkenaan, Joeng Seman, 64, berkata dalam kejadian jam 5 petang itu, dia bersama anaknya, Mohd Esa Joeng, 35, dan adik iparnya, Hanafi Eddie, 25, turun ke sungai menjala udang.

Joeng berkata, sejak menjadi nelayan sungai 30 tahun lalu, ini kali pertama dia berdepan serangan buaya.



“Setiap kali turun ke sungai mencari rezeki, memang banyak buaya dilihat di sungai ini, namun sebelum ini tidak pernah mengganggu kami.

“Ketika kejadian, anak saya berada dalam untuk menarik jala tersangkut. Secara tiba-tiba, buaya sepanjang dua meter menyerang anak saya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Joeng berkata, terkejut melihat kejadian itu, dia terjun ke dalam sungai membantu Mohd Esa bagi mengelak reptilia ganas itu menarik anaknya ke tengah sungai.

“Ketika itu saya hanya memikirkan nyawa anak. Saya memeluk badan dia dengan kuat dan dalam keadaan kelam-kabut itu saya mencucuk mata buaya.



“Buaya itu akhirnya melepaskan gigitan sebelum hilang dari pandangan,” katanya.

Katanya, disebabkan serangan buaya itu, anaknya mengalami kecederaan di paha kiri dan lengan kanan.

“Saya dibantu Hanafi mengangkat anak yang cedera ke dalam perahu sebelum dibantu penduduk kampung ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan.

“Kami turun ke sungai menggunakan perahu dan mula menjala udang jam 2 petang. Ketika kejadian, kami sudah memperoleh hasil udang yang banyak dan merancang mahu balik,” katanya.



Warga emas bertarung buaya selamatkan anak dari dibaham


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker