PM Dari UMNO Perlu Dapat Persetujuan Dari MKT

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

AGAK keterlaluan sekiranya nama calon sesuatu jawatan Menteri atau Timbalan Menteri, termasuk Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri datangnya dari “kemahuan” parti lain. Ianya seolah-olah institusi kepimpinan UMNO sudah tidak berfungsi. UMNO ada institusi Presiden, Timbalan. Naib dan juga Ahli Kerja Majlis Tertinggi.

Tidak ada satu pun parti politik di negara ini yang mampu mengatasi struktur institusi kepimpinan UMNO, begitu tertib dan tersusun supaya 191 bahagian UMNO di seluruh negara dan puluhan ribu cawangan termasuk sayap-sayap boleh bergerak seia dan sekata melalui satu arahan.

Siapa yang menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri? Adakah ianya datang dari kumpulan Muhyiddin? Ada beberapa perkara yang akan menjadi implikasi terhadap UMNO sekiranya nama calon Perdana Menteri datang daripada kumpulan Muhyiddin :

1. Secara langsung ada niat tersembunyi untuk hancurkan UMNO sekiranya nama calon Perdana Menteri datangnya dari kumpulan yang gagal.

2. Sanggupkah Ismail Sabri melangkaui dan merosakkan struktur kepimpinan dan gerak kerja UMNO demi kepentingan peribadi dan kumpulan Muhyiddin yang sudah jelas hilang angka majoritinya.

Menurut setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, nama calon Perdana Menteri dari UMNO sudah tersedia sekiranya diminta oleh pihak istana.

UMNO tidak membuat keputusan semborono kerana setiap keputusan yang melibatkan kepentingan parti mestilah melalui mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi. Malah keputusan untuk menolak kerjasama dengan Anwar, DAP dan Bersatu datangnya daripada keputusan majoriti ahli di seluruh Malaysia melalui Persidangan Agung UMNO tahunan.

Menurut sumber, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara esok.

Perkara berkenaan dimaklumkan Muhyiddin dalam pertemuan dengan Ahli Parlimen Bersatu dalam satu mesyuarat pada pagi Ahad.


Sebaran :

Leave a Reply