Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

“Demi Allah, saya tak guna ilmu hitam untuk kekal dalam program GV10”.

Itu sumpah penyanyi yang juga bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Siti Nordiana apabila menafikan tuduhan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk kekal dalam program tersebut.



Siti Nordiana atau mesra disapa Nana ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia sedih selepas difitnah dengan tuduhan ‘berat’ sebegitu kerana bimbang akan membuatkan orang lain percaya.

“Saya rasa sedih. Apa yang membuatkan saya bimbang, takut orang lain di sekeliling saya akan percaya.

“Sehingga wartawan sendiri telefon dan bertanyakan sendiri pada saya, maksudnya tuduhan itu sudah pun tular. Jadi saya terfikir mungkin aka nada orang yang percaya saya gunakan ilmu hitam,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bercakap lebih lanjut, Nana berkata dia memang ada terbaca komen-komen dan status yang memfitnahnya menggunakan ilmu hitam oleh beberapa pemilik akaun aplikasi X. Namun apabila semakan dibuat, dia mendapat individu terbabit memang tidak suka akan dirinya.



“Saya tengok juga pemilik akaun yang menabur fitnah terhadap saya itu dan mendapati memang dia tidak sukakan saya. Saya faham, tak semua orang suka dengan kita.

“Kalau setakat komen mengkritik cara nyanyian saya tidak sedap, saya okey. Tapi bila melibatkan fitnah dengan menuduh saya menggunakan ilmu hitam, saya bimbang dan takut orang lain akan percaya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelantun lagu Angkara itu meminta individu yang memfitnahnya, untuk menunjukkan bukti jika benar dirinya menggunakan ilmu hitam sepanjang GV10.

“Kalau dia ada bukti (saya guna ilmu hitam), boleh kemukakan dan tunjuk kepada saya. Tapi kalau tiada, sudah tentu tuduhan itu adalah fitnah.



“Mereka suka menulis tanpa memikirkan akibatnya. Sebelum nak bercakap atau menulis apa-apa, fikir dahulu baik dan buruk perkara yang akan terjadi.

“Saya tahu dosa gunakan ilmu hitam. Lagi pun, saya sendiri sedia maklum untuk apa guna sihir semata-mata mahu kekal dalam GV10. Saya sendiri pun tidak tahu nasib sendiri sama ada akan kekal atau tersingkir,” jelasnya.

Enggan memanjangkan isu, Nana cuma berharap, tukang fitnah terbabit meminta maaf dengannya, selain memadam hantaran fitnah yang telah dikongsikan kepada umum.

“Apa yang sebaiknya, si pelaku minta maaflah dengan saya sebab perkara ini tidak betul. Bagi saya, kalau dia sudah padam hantaran tersebut dan minta maaf, saya okay untuk memaafkan. Selesai,” katanya.



Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila terdapat beberapa dakwaan mengatakan penyanyi kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu menggunakan khidmat bomoh atau ilmu sihir untuk kekal dalam program GV10.

Lebih menguatkan andaiannya, Nana masih lagi kekal dalam pertandingan tersebut, malah berada di kedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi Liza Hanim sewaktu konsert minggu kelapan GV10, malam tadi.

Nana yang menyanyikan lagu Baby One More Time, nyanyian asal Britney Spears berada di posisi ketujuh dengan markah 62.75 peratus, manakala Liza Hanim dengan lagu Ayam hanya mampu berada di tangga kelapan (62.50 peratus). K Online

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir



Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap

Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker