Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis disaman RM1juta

Sebaran :

Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis disaman RM1juta. Seorang wanita akan mengemukakan saman malu berjumlah RM1 juta terhadap empat individu yang menuduhnya melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam.

Tindakan saman malu itu dibuat menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam.

Rozita Ramli, 43, berkata, empat individu itu ialah Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.

“Tuduhan itu dilemparkan dalam beberapa siri siaran langsung menggunakan ‘Live Facebook’ dan YouTube milik beberapa lelaki yang dinyatakan itu sejak awal bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada Sabtu.

Menurutnya, tindakan itu telah memberi tekanan terhadap keluarganya apabila ramai warganet melemparkan tohmahan berhubung perkara tersebut tanpa usul periksa.

Dia berkata, memburukkan lagi keadaan, ada laporan polis dibuat menuduhnya menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anaknya.

Rozita berkata, ada sesetengah pihak meminta memulangkan balik sumbangan terbabit, sedangkan ia telah digunakan untuk merawat anak perempuannya yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita sakit buah pinggang kronik

“Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.

“Saya mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika perkara itu masih berterusan,” katanya.

Menurutnya, laporan polis berkaitan fitnah itu telah dibuat kerana tuduhan disebarkan secara berleluasa di laman sosial.

Katanya, fitnah itu telah mendatangkan banyak ancaman terhadap keluarganya sama ada menerusi panggilan telefon atau bersemuka termasuk ada yang datang ke rumah dan merakamkan foto kediaman mereka.

Sementara itu, Muhammad Hariz berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti menerusi siaran video yang dimuat naik di laman sosial dan setakat ini, empat individu dinamakan untuk tuntutan saman malu terbabit.

“Saya tegaskan anak guam saya menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam ilmu hitam dan sihir.

“Saya juga diarahkan oleh anak guam agar turut mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang turut mengeluarkan fitnah terhadapnya dan diharapkan mereka bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sebelum ini tular di laman sosial anak perempuan Rozita disihir dan ustaz yang merawat anaknya telah dipukul oleh tiga individu serta menjadi topik hangat dalam kalangan warganet sehingga menjadi kes polis.

Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis disaman RM1juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pertemuan Ismail, Hamzah di Royal Chulan bentuk kerajaan baharu?

 


Sebaran :

Leave a Reply