Malaysia perlu PM dan kerajaan baru yang SAH

Sebaran :

Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang sah serta kerajaan stabil bagi membentuk dasar termasuk kemampuan melaksanakannya dengan lancar untuk memulihkan ekonomi dan krisis Covid-19.

Hal itu ditegaskan Koordinator Gerakan Rakyat Pulih Negara, Mohd. Azmi Abdul Hamid yang menggesa kerajaan membela nasib rakyat ketika ini yang perlu seiring dengan penyelesaian status Perdana Menteri.

“Menawarkan jawatan dan habuan wang untuk kekal berkuasa sangat tidak beretika dan melanggar undang-undang serta bercanggah dengan Perlembagaan.

“Lebih parah Muhyiddin mengisytiharkan tidak akan melepaskan jawatan dengan alasan bukan bidang kuasanya serta mendakwa melampaui kuasa Yang di-Pertuan Agong. Malah ini adalah suatu penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong,”katanya dalam  kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan terus memegang jawatan Perdana Menteri yang telah hilang majoriti dan tidak akur kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan salah dan merbahaya.

Kata Mohd. Azmi, jawatan Muhyiddin pada hakikatnya terlucut dan jika terus berada di jawatan tersebut , sebarang keputusan beliau sebagai Perdana Menteri boleh dicabar di mahkamah kerana keabsahannya sedang dipertikaikan.

“Jika ini berlaku pelabur dalam dan luar negara tidak berani meneruskan urusan dengan kerajaan kerana status kerajaan itu sendiri tidak sah dari segi Perlembagaan.

“Demikian jugalah mengurus pelbagai langkah pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi , akan terbantut kerana ia perlu melalui proses kelulusan di parlimen dan dewan negara untuk meluluskan perbelanjaan , undang-undang , polisi dan pewartaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmi berkata,  tanpa Perdana Menteri dan  kerajaan yang sah, pengurusan Covid-19 juga akan terganggu dan disebabkan itu pihaknya kerajaan perlu disahkan keabsahannya supaya dapat membela nasib rakyat.

“Harus diingat sistem negara ini ditadbir adalah dalam kerangka Perlembagaan. Untuk mengenepikan keluhuran Perlembagaan, pengurusan pandemik akan menjadi lebih bercelaru dan seluruh sistem negara akan runtuh.

“Natijahnya akan menjadikan negara terkeluar daripada landasan. Jika jelas ada wakil rakyat yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri dengan bukti memiliki sokongan majoriti , maka proses Perlembagaan perlu perlu segera dilaksanakan,” ujarnya.

Malaysia perlu PM dan kerajaan baru yang SAH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 


Sebaran :

Leave a Reply