Virgil van Dijk belum berpuas hati kemenangan besar Liverpool

Virgil van Dijk belum berpuas hati kemenangan besar Liverpool

NORWICH CITY 0 LIVERPOOL 3

Virgil van Dijk mengambil pendekatan merendah diri di sebalik kemenangan bergaya 3-0 Liverpool ke atas Norwich City untuk membuat kemunculan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang amat ditunggu-tunggu ramai.

Van Dijk diturunkan dalam perlawanan kompetitif pertamanya sejak mengalami kecederaan lutut yang serius selepas bertembung dengan Jordan Pickford ketika ‘derby’ Merseyside menentang Everton di Goodison Park, Oktober tahun lalu.

Gol daripada Diogo Jota dan Roberto Firmino meletakkan The Reds di depan sebelum Mohamed Salah mencipta rekod baru EPL dengan mencetak jaringan dalam aksi pembukaan musim kelima berturut-turut, sebentar tadi.

The Reds menutup perlawanan itu tanpa dibolosi tetapi 14 percubaan yang dijanakan Norwich membuktikan bahawa tahap permainan mereka masih goyah dan sememangnya ia sudah dijangkakan Van Dijk.

“Kemenangan 3-0 di sini bunyinya macam selesa tetapi adakalanya kami merumitkan diri sendiri,” katanya kepada Sky Sports.

“Mungkin ia didorong keletihan, kami harus melakukan yang lebih baik. Tetapi kami tidak boleh bersikap negatif tentang malam ini.

“Saya memerlukan minit permainan. Tuan rumah mengetahuinya, saya sendiri menyedarinya. Saya sudah pulih sepenuhnya, semoga saya bersedia untuk diturunkan lagi pada minggu depan dan sekali lagi ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar untuk menentang Burnley.”

Van Dijk menjelaskan betapa sukarnya menonton dari luar padang ketika juara 2020 itu berdepan krisis kecederaan hingga meleburkan usaha mempertahankan gelaran.

“Pada awalnya fikiran saya bercelaru,” katanya.

“Hari ini saya berasa cergas, kemudian keesokan harinya anda tidak boleh berjalan pula. Rutin saya penuh dengan ubat-ubatan dan saya tidak dapat melelapkan mata.

“Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri dan saya terbaca perkara-perkara khabar angin mengenai saya.

“Kami bergelut musim lalu akibat krisis kecederaan di posisi penting. Kami tidak dapat mempamerkan corak permainan kami yang menerapkan tekanan tinggi. Ketika seorang pemain tengah terpaksa mengisi posisi pertahanan tengah, ia bukan mudah dan mereka telah melakukan satu tugasan yang hebat untuk meraih tangga ketiga.”-Awani

Virgil van Dijk belum berpuas hati kemenangan besar Liverpool


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker