Ronnie Liu kecam Tony Pua, Ong

Sebaran :

Ronnie Liu kecam Tony Pua, Ong

Kecondongan pendirian Pua, Ong kepada PM mencurigakan, kata Ronnie Liu

Tindakan dua pemimpin DAP yang dilihat condong kepada tawaran kerjasama rentas kepartian Muhyiddin Yassin sangat mencurigakan, kata seorang pemimpin kanan DAP.

Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu berkata, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming seharusnya sedar mereka adalah pemimpin parti kebangsaan dan bukan setakat wakil rakyat biasa.

Katanya, kenyataan mereka menimbulkan kemarahan rakyat yang majoritinya kecewa dengan kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), terutamanya dalam mengurus wabak Covid-19.

Menurut Liu, yang juga ADUN Sungai Pelek, tindakan dua pemimpin DAP itu seolah-olah memberi talian hayat kepada Muhyiddin untuk terus berkuasa dan ini akan menyebabkan rakyat terus sengsara.

“Kenyataan mereka menimbulkan kecurigaan kerana dibuat walaupun Pakatan Harapan (PH) membuat pendirian menolak tawaran Muhyiddin.

“Mereka perlu tarik balik, jika tidak, akan timbul tanggapan wujud ‘tangan ghaib’ di belakang mereka, ada sesuatu yang bersifat tidak ‘semulajadi’ dan tidak betul sedang berlaku,” katanya kepada FMT.

Jumaat lalu, Pua dan Ong dilaporkan meminta pihak pembangkang mempertimbangkan kerjasama rentas parti seperti dicadangkan oleh Muhyiddin yang kini berdepan tekanan untuk mempertahankan jawatannya sebagai perdana menteri.

Pua menyenaraikan tiga alasan, iaitu mengekang pergelutan politik yang “membunuh” sektor kesihatan dan ekonomi negara, selain berpotensi menghalang Ahli Parlimen Umno “kleptokrat” dilantik perdana menteri.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tawaran Muhyiddin itu juga, katanya, boleh mengelak pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covid-19.

Ong pula mencadangkan pihak pembangkang duduk semeja dengan semua parti politik untuk membincangkan tawaran Muhyiddin itu. Bagaimanapun, beliau berkata dirinya tidak akan ingkar dengan pendirian rasmi DAP berhubung isu itu.

Dalam perutusan khasnya, Muhyiddin menawarkan tujuh perkara kepada pembangkang dan Umno, termasuk mengadakan PRU selewat-lewatnya Julai depan, peruntukan sama rata buat semua Ahli Parlimen dan melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi, jika mereka bersetuju menyokongnya dalam usul undi percaya di Parlimen bulan depan.

Mengulas lanjut, Liu turut mempertikaikan dakwaan Pua bahawa negara akan terjejas teruk jika wakil Umno tertentu dilantik menjadi perdana menteri, sekiranya Muhyiddin dan kerajaan PN jatuh.

“Siapa cakap Agong akan lantik kleptokrat jika Muhyiddin letak jawatan? Macam mana beliau boleh buat kesimpulan mesti kleptokrat (yang) ambil alih?

“Beliau (Pua) cakap seolah-olah dalam kerajaan sekarang tiada kleptokrat. Kamu mahu tipu siapa?”

Liu turut hairan dengan tindakan Pua ketika ini yang sering menghentam Umno dan membuat kenyataan memihak kepada Muhyiddin.

“Beliau minta kita terima Muhyiddin, lepas itu hentam Umno bertubi-tubi. Umno bukan musuh politik kita sekarang, nampak beliau memihak kepada Muhyiddin sehingga timbul rasa curiga terhadapnya,” kata Liu. FMT

Ronnie Liu kecam Tony Pua, Ong

Azwan Ali nak sound Munkar Nankir (Video)


Sebaran :

Leave a Reply