Usaha terakhir Pemimpin Bersatu, PAS pujuk Muhyiddin jangan letak jawatan

Berdasarkan laporan sebelum ini Menteri Tugas – Tugas Khas yang mengesahkan Muhyiddin akan mempersembahakan surat perletakkan jawatan esok namun pemimpin Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas hari ini mencuba di saat-saat akhir memujuknya tidak berbuat demikian.

Sumber memberitahu Bersatu yang setakat tengah hari ini masih dalam perbincangan di Publika di Jalan Dutamas, dekat sini terus mencari jalan memastikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin diselamatkan.

Sejurus selepas mesyuarat, para pemimpin Bersatu akan bergerak menuju ke kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara bagi membincangkan secara lanjut mengenai perkara itu.



“Cuma tidak pasti sama ada ia disertai kesemua pemimpin Bersatu atau beberapa pemimpin sahaja,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Antara pemimpin yang hadir dalam perbincangan di Publika adalah Timbalan Menteri Kementerian Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman; Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Noor Azmi Ghazali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.

Selain Ahli Parlimen Bersatu, turut hadir Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar Arulnadam dan Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

ABDUL HADI AWANG

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerusi posting dalam laman sosial Facebook pagi ini berkata, sepatutnya semua pihak menerima secara positif mengenai tawaran terbuka Perdana Menteri yang dilihat untuk kesejahteraan rakyat.



“Setelah kita mengalami kemelut kerajaan dahulu yang bermasalah, sepatutnya kita memberikan masa kepada kerajaan hari ini agar dapat menyelesaikan masalah bersama.

“Selepas keadaan mengizinkan, maka barulah kita kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang mereka mahu dengan selesa. Janganlah disebabkan tidak boleh bersabar seketika, kita akan menerima padah dan masalah yang lebih besar dan lebih berat untuk dipikul,” ujarnya lagi

 


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin Sah Letak Jawatan Esok

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker