Cedera Di Paha Ditikam Penyamun

Cedera Di Paha Ditikam Penyamun

GOMBAK: Seorang wanita cedera akibat ditikam penjenayah dengan pisau dalam kejadian cubaan samun di Jalan 10 Taman Greenwood di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa yang memandu bersendirian kereta milik abangnya cedera terkena tikaman di paha kanan dalam kejadian sekitar jam 4.24 petang itu.

“Abang mangsa mengatakan, mangsa menghubunginya mengatakan seorang lelaki tidak dikenali membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya.

“Mangsa tidak dapat mengecam muka suspek dan kenderaan digunakan suspek,” katanya kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang oleh pihak ambulans dan kini masih berada di zon merah namun dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222.-SH

Cedera Di Paha Ditikam Penyamun


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Kerajaan Minoriti Tidak Terkandung Dalam Perlembagaan – Azalina

Mahiaddin Md. Yasin terdesak selamatkan hayat politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker