Polis cari lelaki siku pembonceng motosikal wanita dekat Klang

Polis cari lelaki siku pembonceng motosikal wanita dekat Klang

POLIS kini mengesan seorang lelaki yang menyiku pembonceng motosilal wanita beberapa kali dalam satu kejadian di Jambatan Teluk Gadong dekat Jalan Sungai Bertih di Klang, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima aduan daripada pegawai Bahagian Siasatan Jenayah berkaitan kejadian tersebut kira-kira pukul 9.15 malam tadi.



“Pengadu terlihat sebuah video daripada rakaman kamera papan pemuka sebuah kereta yang memaparkan seorang penunggang motosikal telah menyiku pembonceng pada bahagian kepala dengan menggunakan tangan kiri sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti penunggang dan pembonceng motosikal terbabit.

Katanya, polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kesalahan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian.

Sehubungan itu, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi di talian 03-33762222.



Hoong Fong turut menasihatkan orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu atau menunggang kenderaan agar tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Utv

Polis cari lelaki siku pembonceng motosikal wanita dekat Klang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan



Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker