PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi

PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mendakwa keputusan yang memihak kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri akan membawa perubahan kepada kerajaan di peringkat Pusat.

Sehubungan itu jelas beliau, adalah penting untuk peratusan keluar mengundi khususnya dalam kalangan pengundi Melayu adalah tinggi bagi membolehkan PN menang di enam buah negeri terbabit.



“Pilihan raya negeri enam negeri ini sangat penting untuk memenangkan PN, perlu menang besar, insya-Allah kita menang sepenuhnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, kita mahu menang juga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kalau menang ini akan berlaku perubahan di kerajaan Pusat, itu maknanya maka kewajipan mengundi sangat besar.

“Apa yang menyedihkan kita, kaum lain keluar mengundi 90 peratus, orang Melayu keluar mengundi 70 peratus, masih ramai tidak keluar mengundi, tidak mahu mengundi, tak sedar mengundi ini adalah kuasa politik, kalau tidak mengundi bermakna kita hilangkan kuasa politik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best Bersama Presiden Pas di Bandar Sri Sendayan di sini malam tadi.



Yang hadir sama, Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Abdul Hadi sewaktu berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, Kedah pada 2 Ogos lalu turut menyebut perkara yang sama.

Sementara itu, mengulas mengenai naratif berlakunya perubahan di peringkat kerajaan Pusat sekiranya PN pada PRN kali ini, Ahmad Faizal memberitahu, ada proses undang-undang di negara ini yang membolehkan perkara itu.

“Macam-macam cara, walaupun negara kita ada anti lompat parti, tetapi ada proses undang-undang yang boleh dijalankan untuk menukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri yang lain, ada proses perundangan mengikut Perlembagaan yang boleh dibuat,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut. Utusan



PN menang PRN, kerajaan pusat turut bertukar – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan



Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland



“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker