4 wanita warga asing ditahan terbabit aktiviti persundalan

4 wanita warga asing ditahan terbabit aktiviti persundalan

Seramai 11 individu termasuk empat wanita warga asing yang disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran ditahan di sebuah premis di Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Mohd Padzli Mohd Zain, berkata hasil serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, berjaya menahan kesemua suspek berusia lingkungan 23 hingga 36 tahun dalam Ops Noda, pada jam 5.45 petang.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran, selain melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa satu.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Polis turut mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada penjaga premis, manakala enam warga tempatan yang diperiksa dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial dan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Manakala, empat warga asing itu juga direman,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 (PPDPPB 2021) dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan, dengan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan dikenakan denda.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya. FMT

4 wanita warga asing ditahan terbabit aktiviti persundalan

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker