Bila tiada majoriti baru buat tawaran

Sebaran :

Bila tiada majoriti baru buat tawaran

Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata tidak ada masalah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan hendak bercakap soal reformasi atau pembaharuan.

Tetapi soalnya, mengapa sekarang bila sudah tidak ada majoriti dan mengapa tidak jauh lebih awal lagi.

“Parti yang disebut-sebut melakukan kerosakan itupun sudah tidak lagi memimpin semenjak 2018. Mengapa sewaktu dalam Pakatan Harapan (PH) tidak tawarkan status sama untuk Ketua Pembangkang?

“Mengapa waktu itu tidak perjuangkan peruntukan saksama untuk semua Ahli Parlimen? Mengapa sebelum ini tak mempercepat Undi18?, soalnya dalam satu hantaran di Facebook.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Apapun kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu, dari segi pengisiannya, ada sebahagian cadangan reformasi tertentu yang disebut semalam mungkin bagus.

“Mungkin ada yang PM9 (Perdana Menteri Kesembilan) boleh pertimbangkan.. Selain agenda reformasi yang menyentuh kebajikan rakyat juga bukan hanya berkisar peruntukan atau kedudukan Ahli Parlimen atau Ketua Pembangkang,” katanya.

Muhyiddin, di dalam perutusan khasnya petang semalam telah membuat beberapa tawaran dan janji bagi menyelamatkan kerusinya yang kini telah hilang majoriti antaranya seperti kerajaan PN akan berunding dengan pimpinan parti-parti di luar PN bagi luluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang akan diberi saraan, kemudahan setara Menteri Kanan dan peruntukan tahunan Ahli Parlimen yang sama tanpa mengira parti. – UMNO ONLINE

Bila tiada majoriti baru buat tawaran

Najib pesan pada MP Umno ingkar arahan parti, ‘Taubatlah Sekarang’


Sebaran :

Leave a Reply