Imam Masjid Negara meninggal dunia
Imam Masjid Negara meninggal dunia akibat komplikasi jantung
Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi di rumahnya dekat Kota Puteri, Batu Arang, Selangor akibat komplikasi jantung.
Berita dukacita itu dilaporkan di Facebook Masjid Negara Malaysia pagi tadi.
“Dukacita dimaklumkan bahawa pegawai kami Ustaz Khisamudin Ismail telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 4 pagi di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor ( komplikasi jantung).
“Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan solehin,” menurut catatan itu.
Masjid Negara berkata pemergian Imam Masjid negara itu adalah satu kehilangan seorang imam dan guru yang penuh dedikasi terhadap tugasnya.
“Didoakan agar isteri, anak-anak dan ahli keluarga bersabar menghadapi ujian ini.”
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Zulkifli berkata, sebelum ini beliau ada menyuarakan hasratnya untuk menziarahi Khisamudin, namun tidak kesampaian.
“Saya ada memaklumkan kepada beliau untuk menziarahinya bila ada masa yang sesuai. Namun, perancangan Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Khisamudin Ismail, Imam Masjid Negara,” katanya dalam catatan di Facebook. FMT
Imam Masjid Negara meninggal dunia
Baca Artikel Menarik :
- Jajaran baru : Tony Pua mahu Dap pertimbang tawaran Muhyiddin
- Saya tidak perlu pengampunan – Najib
- Resepi Ayam Tiram Thai Viral
- Netizen kecam ucapan Muhyiddin, anggap hipokrit
- ‘Saya Jual Krim Kesihatan, Bukan Barang Terlarang’-Lan Pet Pet [VIDEO]
- Ucapan Muhyiddin bagai tawar rasuah menerusi TV
- Muhyiddin tawar ‘gula-gula’ untuk raih sokongan
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.