Tular video lelaki b0gel tunggang motosikal

Tular video lelaki b0gel tunggang motosikal

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki didapati menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di Jalan Muthu Palaniappan, Bukit Mertajam di sini.

Bagaimanapun waktu dan hari kejadian tidak dapat dipastikan.



Kejadian berkenaan tular di media sosial sejak semalam selepas satu video berdurasi 29 saat yang dirakam seorang penunggang motosikal dikongsi di kumpulan aplikasi WhatsApp.

Video itu memaparkan seorang lelaki warga tempatan menunggang sebuah motosikal di atas jalan raya tanpa mengenakan topi keledar.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad, siasatan pihaknya mendapati individu tersebut mempunyai masalah mental sejak kebelakangan ini.

“Dia dikatakan sering dilihat bercakap sendirian.



“Ekoran kejadian itu, lelaki itu telah dirujuk ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Shafee berkata, pihaknya menasihati orang ramai agar tidak berkongsi video berkenaan bagi menjaga sensitiviti kelurganya. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Tular video lelaki b0gel tunggang motosikal


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Azlee : Jangan malu jual buah macam saya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker