TMJ Peragakan G-Shock “Custom-Made” Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat

TMJ Peragakan G-Shock “Custom-Made” Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat

Sekiranya anda merupakan peminat jam tangan G-Shock di Malaysia pastinya anda cukup tahu dengan impak Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam industri pasaran jam tangan G-Shock. Meskipun tidak berkolaborasi secara langsung, namun jam tangan yang digayakan baginda pastinya menjadi buruan peminat.

Pernah popular menerusi model GA-2100 Solid Black dan Skeleton, terbaharu TMJ sekali lagi berkongsi jam tangan G-Shock menerusi Instagram Stories yang berjaya menarik perhatian ramai. Uniknya pada kali ini, model yang digayakan merupakan model custom sekaligus membuatkan model ini tampak rare di mata peminat.

Menerusi perkongsian Instagram @gshockpulaupinang, beliau yang berkongsi informasi bersama The Vocket memaklumkan model yang disarung TMJ dalam gambar tersebut merupakan model custom-made.

Jam tangan G-Shock tersebut merupakan model yang berasal daripada model GA-2110 ET-8A dan GA-2100 SKE-7A atau turut dikenali juga sebagai G-Shock ‘Skeleton’. Walau bagaimanapun, model yang disarung TMJ tampil dengan beberapa perubahan melibatkan bahagian dial dan face plat.

Berdasarkan carian, didapati laman IFL Watches menawarkannya pada harga sekitar 549.00 (~RM2,729.69). Sebuah harga yang premium untuk sebuah jam tangan keluaran G-Shock namun cantik dan unik di mata peminat.

Melihat kepada trend semasa, berkemungkinan besar para peminat G-Shock di Malaysia bakal turut mengikut jejak langkah TMJ dengan menempah edisi custom ini. Tidak mengejutkan sekiranya harga model ini terus meningkat di kalangan peminat selepas mulai disarung TMJ berdasarkan fenomena yang dicipta baginda sebelum ini.-TVC

TMJ Peragakan G-Shock “Custom-Made” Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


CASIO Tampilkan A100 Versi Throwback, Jam Tangan Futuristik Era 70-an

‘Asif Memang Takut Jarum’, Hampir Sejam Pujuk Pelakon Asif Untuk Suntik Vaksin [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker