CASIO Tampilkan A100 Versi Throwback, Jam Tangan Futuristik Era 70-an

CASIO Tampilkan A100 Versi Throwback, Jam Tangan Futuristik Era 70-an

ADA khabar baik buat penggemar jam tangan vintaj Casio. Jenama berasal dari Jepun ini baru sahaja memperkenalkan produk terbaharu mereka iaitu A100 – versi throwback F-100.

Ini adalah salah satu jam tangan yang digunakan dalam filem Alien pada 1979 yang dipakai oleh karakter Ellen Ripley yang dilakonkan oleh Sigourney Weaver.



Jam tangan ini disebut sebagai interpretasi kepada F-100 kerana ia memiliki bentuk yang mirip namun ada satu perkara yang membezakannya – varian tiga warnanya yang berbeza.

Ini kerana F-100 sebelum ini tampil dalam warna hitam namun untuk koleksi ini hanya warna emas, perak dan kelabu diperkenalkan.



Selain warna, fungsi dan ciri lainnya A100 sama dengan F-100.

CASIO-A100-A100WE-VINTAGE

Reka bentuk klasik namun tampil dengan teknologi masa kini.

Paparan digital dengan empat butang konfigurasi di bahagian bawah yang mempunyai empat label warna dan ia sangat bergaya dan fungsinya sangat mudah digunakan.



Fungsi butang itu bagi menukar pada paparan skrin dengan warna berbeza seperti bulan, hari dan tarikh ditanda dengan warna hijau, minit, saat (oren) dan jam, minit (putih).

Empat butang di bahagian depan digunakan untuk mengawal semua fungsi jam tangan, tidak seperti jam tangan lain yang biasanya mempunyai butang konfigurasi di kedua sisi.

Untuk menetapkannya, pengguna hanya perlu ingat bahawa bar yang jelas di sudut kiri atas adalah butang reset.

Sementara itu, butang kuning di sebelahnya digunakan untuk mengoperasikan lampu di bawah dail. Di bawahnya, terdapat butang “mod” dan butang “mula/ berhenti” tepat di sebelah bar merah dan hijau.



Jam tangan Casio ini dijangka berada di pasaran pada September ini.-G-Central

CASIO Tampilkan A100 Versi Throwback, Jam Tangan Futuristik Era 70-an


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Perkahwinan Manusia dengan Robot Normal Menjelang 2050

Dekati Basikal Azizulhasni Awang Untuk Olimpik Tokyo, Nak Tahu Berapa Harga?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker