Kelantan terendah keluar mengundi

Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi tadi menunjukkan Kelantan terendah pada 26 peratus, diikuti Negeri Sembilan (27 peratus), Selangor (28 peratus), Pulau Pinang (29 peratus), Kedah (32 peratus) dan Terengganu tertinggi pada 33 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jumlah mengundi di PRK Parlimen Kuala Terengganu 30 peratus setakat 11 pagi.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Sementara itu tinjauan BERNAMA mendapati cuaca di kebanyakan kawasan di enam negeri yang terbabit PRN dilaporkan cerah dan baik serta mendorong pengundi di beberapa negeri memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.

PRN membabitkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker