Ada jawatan bukan kriteria utama jadi calon – Mahdzir

Ada jawatan bukan kriteria utama jadi calon – Mahdzir

Kedudukan dalam parti bukan kriteria utama dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) menjelang PRN Kedah.

Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid, berkata sebaliknya individu yang hendak dikemuka sebagai calon mesti dikenali dan dapat diterima ahli serta masyarakat setempat.

“Sebab (faktor) calon itu sangat penting (untuk menang pilihan raya), jadi seseorang yang hendak dipilih sebagai calon mesti boleh diterima oleh masyarakat… kalau orang itu boleh diterima, sama ada dia ada jawatan dalam parti atau tak ada jawatan dalam parti, kita tak ada halangan,” katanya ketika mengulas proses pemilihan calon BN Kedah bagi menghadapi PRN.

Beliau berkata, BN juga mempunyai beberapa kriteria lain diambil kira sebelum seseorang individu dinamakan sebagai calon.

Mahdzir juga berkata, agihan kerusi Dewan Undangan Negeri antara BN dengan Pakatan Harapan telah selesai dan senarai calon akan diumum kemudian.

Selain Kedah, lima negeri yang akan mengadakan PRN ialah Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Kelantan.

Terdahulu, Mahdzir menghadiri Majlis Memperingati Genap Setahun Derita Rakyat Iboi yang diadakan bagi memperingati bencana banjir aliran puing yang melanda Kampung Iboi dan kawasan sekitar Kupang di sini pada 4 Julai tahun lalu. FMT

Ada jawatan bukan kriteria utama jadi calon – Mahdzir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah

Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker